Rabu, 4 Mac 2009

Imunisasi

Esok aku dan hubby nak hantar Jannah gi klinik untuk checkup bagi bulan keempat..aku dimaklumkan bahawa pada bulan keempat ni tak kena cucuk...so Jannah akan dicucuk pada bulan ke 5 untuk hepatitis B...aku ni sekadar ikut arahan daripada nurse bila kena datang cucuk..aku kurang arif pasal dos-dos yang dia bagi dan untuk apa..so aku dok search tadi dapatlah serba sedikit info mengenai imunisasi untuk bayi.

Suntikan imunisasi ini adalah penting untuk menghindari penyakit, kerana pada masa ini bayi masih belum mempunyai / atau dapat menghasilkan anti bodi yang kuat untuk melawan penyakit.

"Jika anda melengahkan pemberian imunisasi kepada anak, antibodi dalam badan mereka akan berkurang dengan cepat dan mungkin tiada langsung jika suntikan vaksin seterusnya tidak diberikan"

Jadual Imunisasi Yang Disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia

VAKSIN
UMUR(BULAN)
UMUR(TAHUN)
Ketika Lahir 1 2 3 4 5 6 12 18 7 12 15
BCG (Tibi) x







tiada parut

Hep (Hepatitis B)
x
x x
x





DTP (Difteria, tetanus, pertussis)


x x
x

x


Hib (Haemophilus influenza type B)

x x
x





OPV (Polio)

x x
x

x x

MMR (Measles, mumps, rubella)







x
x

Measles (Campak)





x




DT (Difteria)









x

T (Tetanus)











x
PETUNJUK
x Imunisasi Primer
x Dos Tambahan
x Sabah Sahaja

Sumber :

  • Risiko Alpa Imunisasi Anak, Harian Metro, 5 Februari 2006
  • Portal Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia
Aku cadangkan bayi bakal ibu dan ibu-ibu agar dapatkan info tentang penjagaan anak-anak anda di http://ratuhati.com/index.php/Artikel/ banyak info berguna yang dapat anda ambil untuk kesihatan dan penjagaan anak-anak. Bagi yang baru dapat baby (macam aku ni yang cetik ilmu) adalah sangat berguna dan bermanfaat. Agar Allah memberikan sesuatu yang baik buat mereka yang mewujudkan laman web ini. Wallahualam...

Tiada ulasan: