Isnin, 2 Mac 2009

Stimulate Yor Baby's Brain

Alkisahnya, aku terjumpa kad merah (macam sponge jek) kat dalam almari hubby aku...aku tanya dia mana dia dapat..dia kata dia amik kat klinik...ada ke dia nak buat tempat sangkut mata pancing dia...bile aku belek-belek...Ya Allah..benda tu rupaya RBW (terapi untuk perkembangan otak bayi)....aku terus rembat la..jadi benda tu la aku dok tunjuk kat anak aku...ada kesan positif...dia mula menunjukkan tanda-tanda minat dan aktif ketika aku tunjukkan RBW card tu...aku siap nyanyi lagi tunjuk gambar kad tu...aku translate kepada bahasa jawa, minang selain bahasa Inggeris dan Melayu...aku ni nama jek jawa, tapi sepatah haram pun aku tak tau...aku mintak bibik yang ajarkan aku cakap jawa....(wes mangan, kabare...). Yang aku nak gelak bile sebut kambing (jawa=wurdhus, minang=kambiang, ing=goat)hahahahahahahaha!!!!!. Hajat aku mungkin nanti aku akan ajar dia dalam bahasa arab la plak. Dulu aku ni terror gak la bahasa arab masa sekolah agama dulu sampai darjah khas tu...tapi dia punya tasrif semua aku dah lupa..lagi la fe'el2nya yang aku dah tak banyak ingat...em...ni la yang dikatakan kalau kita tak amalkan ilmu yang kita ada, oneday ia akan hilang begitu sahaja. "Umpama pokok tidak berbuah" ..macam tu la kekdahnya.

Semalam, aku gi cosway dan nampak satu produk ni untuk baby...suplemen DHA untuk baby lebih bijak...so aku beli la 2 kotak, rasa dia macam oren..sebab aku yang kena makan bukan baby..baby makan dalam bentuk yang diproses di dalam susu ibu..hikhikhik...so ada 2 manfaat la..untuk aku dan baby...orang bersalin ni mengalami kemerosotan otak sebanyak 3% setiap kali melahirkan anak...so penting untuk aku sebab keje aku ni banyak berfikir...

Apa-apa hal pun..ingat lah, untuk mendapatkan sesuatu kita kena berusaha dan selebihnya hanya Allah yang lebih mengetahui dan menentukan....Semoga anak aku nanti menjadi seorang anak yang solehah, bijaksana dan taat kepada ibu bapa. Yang penting dia menjadi seorang muslimah yang berjaya di dunia dan diakhirat... Dialah harta aku setelah aku meninggal dunia nanti...Amin

Tiada ulasan: