Isnin, 27 April 2009

Angahku dipukau....!!!!!!


Berita sedih yang aku terima daripada Angah malam tadi...dia dipukau...habis semua gelang dan rantai emas dia dilarikan orang yang memukaunya...so sape2 yang tinggal kat muar, berhati2la...penjenayah ini sedang berleluasa...

Petang semalam, Angah sms kat aku yang dia nak ke bandar muar...nak amik duit abah yang aku masukkan katanya..tapi aku tegah dia..aku katakan yang aku belum lagi transfer duit kat abah (atm bank islam rosak kat Taman Tun).so dia kata dia nak kuar g bandar jugak...nak beli barang dapur katanya...erm..kata orang dah nak kena, masa dia sedang membeli sayur di pasar besar maharani, dia telah disapa oleh seorang wanita indonesia..pastu yang dia ingat dia dah serahkan semua barang kemas dia kat pompuan tu...korang tau berapa jumlah kerugian...RM20,000!!!!!! (banyakkk tu!!!!)...angah pun satu gak..yang dia pakai banyak sangat barang kemas siapa suruh..dah tahu dunia ni dah tak selamat...(mungkin dia rasa keadaan masih selamat kot..sebab selama bertahun2 dia pakai..tak pernah plak perkara yang tak diingini terjadi)cuba jadik macam aku..sejoreng emas pun takde kat badan ni. (bukan tak mampu cuma tak minat)...rantai dia tu dah la besar macam rantai kapal....huhuhuhu....dah takde rezeki, nak buat macam mana..aku suruh dia bersabar banyak2....mesti ada hikmah disebalik kejadian ini....semoga kita amik iktibar di sebalik kejadian..

Buat Angah..janganlah berduka nestapa..takkan dapat balik nyer...so beringatla la ye.kalau ko beli rantai kapal yang baru..pakai time raya jek k...nanti tak pasal2 abang fadil cut ko punya elaun dok umah...selamat berdiet buat ko jugak...yang dengar2nya dah turun lebih 8kg dalam masa tak sampai 20 hari...penangan JDM5 la katakan....chaiiiyokkk babe....

Tiada ulasan: