Khamis, 16 April 2009

Obesiti dan Kehamilan....

Ini contoh Obese Mom....huhuhuhu

Aku baru sempat membaca Majalah mingguan wanita yang dah expired tarikhnya..tak sempat2 nak baca..so aku jumpa artikel bertajuk Risiko Ibu Hamil Dengan Berat Badan Berlebihan..erm tajuk yang begitu menarik sebab aku mengalami pertambahan berat badan yang mendadak sewaktu mengandung..berat badan aku mencecah 110kg ketika bersalin...

Selalu kalau aku buat checkup masa pregnant dulu kat Klinik Ibu dan Kanak-Kanak TTDI, aku selalu jek kena marah ngan nurse..siap ingat lagi nama dia YAP..tiap-tiap kali checkup, bila nampak jek muka aku, dia suruh aku kurangkan makan dan suruh gi detail checkup kat GH..tapi aku berdegil..tak gi pun GH...so baru aku tau kenapa dia begitu concern sangat ngan berat badan aku...sian Nurse Yap tu..asyik kena kutuk jek ngan aku..padahal apa yang dia cakap tu ada kebenarannya...Apa yang aku baca dalam artikel tu, wanita yang obes akan berdepan dengan risiko-risiko berikut :

1. Neural Tube Defect (NTD)
Risiko kecacatan bayi di mana bayi akan mengalami kecacatan otak dan sum-sum tulang belakang. Para pengkaji masih belum mengetahui bagaimana wanita obes boleh melahirkan bayi cacat.

2. Kencing manis
Menurut Nasional Institute Of Child Health And Human Development, sebanyak dua peratus wanita dengan BMI antara 19-24 boleh mengalami kencing manis berbanding 6 peratus untuk wanita yang berlebihan berat badan.

3. Darah Tinggi
Risiko yang dihadapi oleh wanita hamil yang mengidap tekanan darah tinggi adalah seperti masalah pre-eklampsia, kelahiran pramatang, keguguran dan kematian semasa kelahiran.

4. Pre-eklampsia
Ia juga dikenali sebagai toxemia di mana usia kehamilan yang sudah melebihi 20 minggu dan telah didiagnosis mengalami tekanan darah tinggi dalam masa yang sama urin mengandungi protein. Sesetengah kes yang berlaku, ia akan menyebabkan kerosakan pada sistem organ dalam badan dan menyebabkan masalah pada bayi seperti perkembangan bayi terbantut, kekurangan air ketuban dan keguguran.

Walaupun masa aku pregnant dulu, alhamdulillah aku takde plak kencing manis dan darah tinggi..sihat walafiat..tapi takut gak akan berlaku benda-benda lain especially yang berkaitan dengan kesihatan baby..so untuk aku pregnant sekali lagi aku akan pastikan aku dah dapat berat yang ideal dan aku akan jaga pemakanan aku..sebab tahun depan aku merancang nak pregnant lagi satu...hoooyyyeeeiii...masa tu umur jannah dan cecah pun 2 tahun bila dia dapat adik..ok le tu kan...so aku kena usaha keras untuk menguruskan badan, bukan sahaja untuk kesihatan aku tapi untuk bakal baby aku nanti...

1 ulasan: