Isnin, 16 Mac 2009
DEMOTIVATE!!!!!
Sebenarnya aku kecik hati ngan orang kat umah..termasuklah hubby aku sendiri...hujung minggu lepas aku nak ajak dia pi Taman Rekreasi TTDI kat Jalan Abag Haji Openg nu...iyelah..nak gak buat senaman (jalan-jalan n jogging)..boring aerobik kat dalam bilik...dia cakap..takyah la nak jogging-jogging..so aku diam je la...aku ni susah nak gerak ke mana-mana tanpa bantuan dia..sebab aku tak tau nak drive..lagi satu Jannah kecik lagi...
Pastu masa makan ramai-ramai...hubby aku dok cerita kat semua orang aku ajak dia jogging...semua orang gelakkan aku...aku sedar la siapa diri aku ni...gemuk..jadi diaorang yang kecik-kecik saiz badannya kat umah tu semua gelakkan aku (termasuklah bibik)...huhu.....HAMPEH...bila aku nak merasa dok kat umah sendiri...tak private langsung...BOSAN....aku kuatkan semangat aku...aku nak tunjukkan diorang aku boleh kurus..susah jadik orang gemuk ni selalu kena hina dek orang...MENNNCCIIIII.........boleh kena tekanan mental...kalau korang nak tau semua orang kat dalam umah aku kurus-kurus belaka..aku je seorang yang sesat...
Aku rasa persekitaran aku memang tak membantu pun untuk aku berdiet...takpelah..aku jadikan semua tu sebagai cabaran...walaupun aku kecik hati, takpe la...biarlah diorang nak kata apa....asalkan aku tak lari daripada tujuan asal aku....walaupun hubby tak nak bawak aku...aku dah amik keputusan nak jalan kaki dari LRT ke ofis..ada la lebih kurang 2.5km...ok la tu kan sebagai senaman....korang doakanlah aku berjaya k..Amin...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 ulasan:
ala.....siannya. relax ler kak. nak wat macam mana. seperti yang ida cakap, sabar jer ler
sebab sabar le aku tetap tekad untuk kurus n duduk kat umah tu...
Ala beattey...kesiannya...
Takpe, berkat kesungguhan Beattey mesti menjadi punyalah. Mula-mula ni mmg banyak cabaran dan ramai org yang gelakkan kita.
Lama-lama nanti diorang akan sibuk nak tahu apa rahsia kita bila kita dah kurus dan langsing hehe.
Terima kasih kak atas semangat yang akak bagi kat saya...saya pun selalu jadikan akak sumber inspirasi saya...hari-hari dok singgah blog akak...heheheh...tak tengok sehari rindu...
Tapikan kak..orang yang gelakkan saya tu sebijik muka macam akak...dan berat dia sama macam akak mula-mula consume herbalife...huhuhu...
alamak..yeke?
Hmmm...kalau berat dia macam akak dulu, maknanya tak payahlah nak ejek2 orang kan?
Banyak-banyak sabar ye Beattey dengan org disekeliling awak. Akak tau mesti azam awak sgt tinggi untuk kurus bila org selalu ejek dan perli. Takpe..mesti result lebih cepat. Tgk menu awak pun semua best dan sihat. Akak pulak teruja nak folow menu awak hehehe
Thanks..ala kak menu yang sempoi2 jek...menu saya ni tak lah susah sangat nak ikut coz masa yg diperuntukkan pun tak lama cuma 20-30 minit jek...tak lebih dari itu...so sesuai bagi ibu-ibu dan wanita yang berkerjaya macam kita ni...
A'ah kak..semangat makin tinggi...sekarang ni dah boleh pakai baju kurung saiz L...longgar dah..hehehehe...
Catat Ulasan