Isnin, 27 April 2009

Jannah dapat walker...

Seronoknya tengok Jannah meluncur laju dengan walker barunya itu...aku belikan walker untuk Jannah pada hujung minggu yang lalu..nanti aku pastekan gambarnya...selalu kat umah wan, dia selalu pinjam walker cucu wan (qayyum)..sian plak aku tengok dia dok pandang jek walker orang...so aku belikan satu..warna kuning...suke sangat dia main dengan bunyi-bunyian yang ada kat meja walker tu...anak dara aku tu baru nak belajar merangkak sebenarnya...

Aku pun sebenarnya tak pasti sama ada penggunaan walker ni baik untuk perkembangan baby ke tak..ada yang kata walker ni tak elok, nanti kaki anak kengkang la..ada yang kata elok..nanti cepat jalan..yang pasti hubby aku yang beriya2 nak beli walker ni..aku setuju je la..nak bangkang pun takde bukti yang konkrit...maklumlah baru ada anak satu...so ikut je la apa kata mak mertua aku..kalau A, aku pun kata A la...

Cepat la besar nak oiiii...mama tak sabar nak g shopping berdua....(elok ke sebenarnya)????

2 ulasan:

Aziera berkata...

Mana gambar Jannah dalam walker?

Beattey berkata...

Esok saya upload..hehehe..rambut dia pun dah panjang (sikit la...)